BlogPingSite.com

Thursday, October 17, 2013

Jutawan

Kehidupan boleh dikatakan sebagai satu buku cerita yang mungkin ada di antara anda kisahnya dibukukan dan mungkin juga tidak. Kehidupan juga melibatkan kita untuk sentiasa memilih, baik dari sebelum dilahirkan sehingga saat terakhir. Setiap pilihan yang kita buat pasti akan melibatkan risiko untuk kehidupan kita di masa hadapan. Kadang-kadang pasti kita terdetik untuk berfikir tentang kehidupan kita pada masa sekarang, samada kita telah mencapai apa yang kita pernah impikan ataupun tidak.
Berlari daripada masalah bukan satu pilihan yang baik malah anda akan terjebak dengan berbagai masalah lagi. Apa yang penting kita perlu berani menempuhi apa sahaja dugaan yang mendatang kerana dugaan akan mematangkan kita. Corak dan bentuklah masa hadapan anda daripada sekarang bagi memastikan setiap detik atau saat yang ada tidak kita sia-siakan. Tidak pernah ada perkataan terlewat selagi anda masih diberikan nafas untuk hidup di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini. Sharing ini hanya untuk mengingatkan diri saya sendiri sebagai manusia yang banyak kekurangan dan perlu terus berusaha, berusaha, berusaha untuk mencapai impian saya.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan sebaliknya datang dari saya sendiri. Wassalam...............

No comments:

Post a Comment