Satu hari yang cukup panjang buat saya hari ini dan nak dijadikan story inilah pertama kali saya terpaksa menempuh kesesakan jalanraya di KL. Selama ini sempat lagi nak lari dari kesesakan dengan bergerak awal keluar dari KL tapi hari ini tidak terlepas dan terpaksa join beribu-ribu lagi kenderaan lain atas jalanraya. Bayangkan dari PWTC ke Tol Sungai Besi hampir dua(2) jam. Bagaimanapun, alhamdulillah semua stok barangan yang ditempah dah diambil, tinggal nak bagi kepada yang order je. Terlintas difikiran saya bagaimana penduduk KL boleh menempuh traffic macam ini hari-hari. Cukup la dua jam itu untuk saya, itu pun dah cukup stress dah rasanya. Masuk Tol Sungai Besi dalam 7.15 petang, dah terlepas solat asar, huhuhuhu, berdosa rasanya. Dalam keadaan macam itu pun sebenarnya ada terlintas rasa kagum juga dengan penduduk KL. Saya tengok pemandu-pemandu rileks je, ada yang siap boleh baca buku, tengok video dan yang paling dahsyat ada yang siap sempat buat kerja ofis lagi dalam kereta.
Sebenarnya apa yang saya nak share ini adalah bagaimana kita boleh memilih untuk mengaharungi kehidupan yang sama sepanjang hidup kita, sedangkan mungkin ada pilihan lain untuk kita mengelak daripada menghadapi situasi tadi. Kehidupan normal kita sebagai manusia juga sering menghadapi berbagai risiko seperti dikecewakan, dibuang kerja, ketiadaan duit, masalah untuk membeli rumah dengan harga pasaran sekarang yang diluar kawalan, material untuk memenuhi keperluan dan kehendak dan bermacam lagi. Apa yang membezakan kehidupan normal dan kehidupan luar biasa adalah risiko yang berani diambil. Maksud saya disini adalah keluar daripada kepompong risiko rutin kerana dengan hanya sedikit langkahan keluar itu mampu membawa perubahan yang besar dalam diri dan hidup. Itu yang membezakan seorang manusia biasa dan manusia yang berjaya atau jutawan.
Tahun demi tahun nama yang tercatat didalam senarai JUTAWAN MALAYSIA bertambah dari tahun ke tahun dan kalau perkara untuk menjadi JUTAWAN itu susah, mustahil bilangan nya boleh bertambah. Saya ambil contoh Malaysia kerana itu yang dekat dihati, belum ambil bilangan secara global yang bilangan asetnya ada yang melebihi billion. Apa yang saya kongsikan ini adalah sebagai renungan yang mana ianya juga mengingatkan diri saya sendiri, Perubahan perlu bermula dari diri sendiri, tambahkan usaha, tekad dalam apa yang dilakukan, solat dan bertawakal. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah S.W.T dan sebaliknya datang dari kekhilafan diri saya sendiri.
Akhir kata, ambil peluang selagi kita masih diberi waktu untuk hidup, carilah kekayaan bukan hanya untuk dunia semata-mata tetapi akhirat juga.
No comments:
Post a Comment